Seorang pengarah dan pemilik syarikat dikenakan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM20.3 juta insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu.
Perintah reman itu dikeluarkan Majestret, Nurshahida Abdul Rahim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini.